Little lil pwincess
 Dugaan
Monday 23 July 2012 | 06:00 | 0 comments

Di sebalik senyumanKU, ada kesedihan. Tak ramai orang faham diriKU ini. Hanya seorang sahaja yang faham iaitu Allah s.w.t. Apa sahaja masalah yang melanda diriKU ini, hanya Allah yang tahu. Aku selalu berdoa,dan menceritakan semua masalahKU padaNYA. Hanya DIA yang mendengarnya.

Kawan ada tp tak semua yang nak dengar masalah kita, walaupun tak dapat tolong, dapat dengar pun jadilah. Itu punn dahh syukur sangat sangat. Itulah baru namanya KAWAN.

Memang payah menanggungnya sorang sorang, memang perit rasanya. Lately, aku nampak jehh gembira, tapi itu bagi korang jehh. Korang tak tahu ape yang aku rase sebenanye. Budd its ok, selagi aku mampu hadapinya, InsyaALLAH, masalah akan berkurangan. Kita hanya redha dann berdoa.

Aku bukan minta simpati, cuma aku perlukan seseorang yang ikhlas sudi mendengar masalah aku. Itu jehh. Aku tahu ramai yang ada masalah, tapi ape salahnye berkongsi masalah bersama. Mane tahu kita dapat bantu sesama sendiri.

Ustazah selalu cakap'Yakin pada diri yang kita boleh menghadapi dugaan yang kita terima ini. Tak perlu mengeluh, berusahalah menyelesaikan masalah kita. InsyaALLAH, ALLAH juga akan membantu kita. Banyakkan berdoa dann jangan sesekali meninggalkan solat'.

TERIMA KASIH USTAZAH. KATA KATA USTAZAH SELALUNYA BENAR.
 Memories :' D
Saturday 14 July 2012 | 03:02 | 0 comments

Hai Assalamualakum :D Heyy Alan , Sheeya rindu dekat awak laa . Auchh #taksengajatetibe . Kau ta marah kann aku rindu kau ? Weyhh , suddenly au teringat kat kauu #lahaii . Hm , kau tau tak , haritu aku pergi jalan dengan family aku , aku nampak seorang budak lelaki nih muka die sebijik macam muke kau >.< kau . Terkejut gilaa ! Aku ingat kann kau . Hm bukann :( Terasa lame gilaa tak meet kau -.- Lame kann kite tak jumpe . Lahaii >< Alan , alan ingat lagi tak waktu kite coup dulu , kita selalu jumpe even kau tengah busy mase tuhh . Sweet kann kite dulu ? Alan , alan ingat lagi tak waktu kite date dulu ? Ohhhmeannn , kau sweet sangat >< Suke first date kite :3 Kau ingat tak kite selalu gadoh gadoh gedik kann ? Aku suka bila kau pujuk :D Sweet sangat . Kau selalu belikan coklat untuk aku . Ingat ? Kau selalu jadi hero bila ak susah ;) Kau selalu jadi FlipFlop aku yang makin buad aku ketawa tak henti . Ehh , ingat tak yang kau selalu nganjing aku ? Blurrr -.- Sakit hati kowtt bila kau buad cenggitu -- Haa kau ingat tak waktu aku marah kau gilababi pasal ___________ Pehh gempak arhnn time tuhh ? Memang layak kowtt waktu tuhh aku marah kau sebab kau tipu aku . LOL Bhaha whas next ? Whoaa Hmm semua tuhh aku ingat lagi . Even kita dah berbulan tak bersama sama lagi . Tapi mesti kau dahh lupe kann semua nih ? Jyeahh tak payah cakap punn aku dahh tau :'D Kau nak tau tak , ada kawan kau cakap kat aku yang kau tunggu annd sayang kat aku lagi ! Betol ke ? Ofc tak kann ? Takbaek menipu brother . If satu hari aku diberi peluang untuk berkawan dengan kau lagi ? Omjayy , mintak jauhkan laa . Memang aku tolak laa . Cukup sekali aku tinggalkan kau , sakitkan hati kau :'/ Its enoughh for me . Haa waktu kite clashh dulu memang taleyh blahh kann xD Aku selalu ingat -.- Macam ____ Kihkihkih . Kau na tau tak , aku teringin nak kawan dengan kau balik . Macam kite before coup dulu . Kite selalu txt , share problem , jumpe hihi . Ingat tak ? Hallmakk , kau tak ingat jugak kann sebab kau dah campak aku jauhjauh kann -- Haa , baru aku ingat , kau dahh jumpa gf kann ? Its great ? Sayang gf kau betolbetol ketatketat aww ? Aku tau she is most perfect for you :) Aicehh hihi Aku tau dia takkan tinggalkan kau dulu :> Hope your relationship will be longar one :) Memang betol lahh kawan kau tipu aku . Shiall lahh LOL :3 Alan kite coup kejap jehh kann tapi memori kita tak beribu pulak kann ._. Haiyaa dahh penat ingat pasal kau lagi . Enjoy it kbaii :>
 Titisan air mata ibu
Friday 13 July 2012 | 02:58 | 0 comments
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

1. Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah SWT bila masa untuk buat benda yang tidak tapi tak ada masa nak buat yang baik.
2. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, jadi ibu-ibu jangan titiskan air mata ya! Dan anak jangan bagi ibu menitiskan air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak derhaka.

3. Sekiranya balik tengah malam, buka lampu tengok dan tataplah wajah ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. Samada ibu gembira atau derita.

4. Ada tiga mata yang tak akan dijilat oleh api neraka.
a. Melihat kaabah sehingga menitiskan air mata.
b. Membaca Al-Quran sehingga menitiskan air mata.
c. Memandang wajah ibu yang sedang tidur sehingga berlinang air
mata.

5. Tiga orang yang kita kena pandang wajah mereka dalam hidup semasa mereka tidur! a. Anak.
b. Ibu.
c. Suami.

6. Sekiranya jika kita ada perselisihan faham dengan suami kita sampai nak bercerai berai, pandanglah mukanya bila dia tidur, Jika masih terbit perasan kasih sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa apa-apa perasaan tu. Maksudnya jodoh
dah memang tak ada, boleh teruskan niat anda.

7. Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. Kira tak menangis teruklah. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandanglah selalu wajah ibu.


8. Adalah menjadi satu dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu kita.

9. Kalau ada niat yang baik teruskan. Allah SWT akan bersama, jangan takut, Jika tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun sudah mencukupi, niat nak tolong tapi tak mampu, niat nak tolong pun sudah memadai.

10. Barang siapa yang tidak mendoakan ibunya selepas sembahyang untuk ibu yang sudah meninggal dunia maka dikira dia adalah anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidupn dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!


11. Jika kita tak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah SWT akan meletakkan kita di tempat yang terbaik, sekiranya kita meletakkanan ibu kita di tempat yang terbaik.


12. Ada kaedah yang mana kita boleh memohon kepada Allah SWT, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”.
a. “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah kepada fakir miskin sebanyak RM10, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
b. Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maknanya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit atau musibah.
1. Jika ditimpa kesakitan, baca lah "Innalillahiwainnaillaihirojjiun," baru bercakap dengan Allah SWT.
a. “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
b. “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Walaupun suapkan makanan kepada anak pun kita boleh menuntutnya, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

2. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

a. Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Contohnya kita menzirah pusara ibu dan bercakap “Mak, esok anak saya nak kahwin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kahwinkan..kan” atau “Ayah, esok saya nak kawin, kalau ayah ada, pasti ayah akan gembira tengok sayakan..kan.” Ibu/bapa yang telah tiada tapi mereka mendengar dan mendoakan kita dari sana.

3. Bila lalu disebelahan kubur, perlahankan kenderaan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam lain kali. Kubur yang anda tahu dikampung anda tinggal. Atau kubur-kubur yang jelas dihadapan.

5. Tanda tanda seksa Allah SWT atas muka bumi ini antara lain menyimpankan harta sampai mati dan tak pernah mengeluarkan zakat dan bersedeqah.

6. Sesiapa yang bersedekah selalu, tak akan miskin orang itu selamanya.
7. Bila nak berbelanja atau “shopping” selalu “spare” duit untuk sedekah kerana dalam dompet duit kita itu ada hak orang lain yang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, sedekahlah sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang. Jadi Allah SWT hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala amal jariah.

8. Jika ibu kita sudah meninggal dunia dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila ibu kita sudah tiada lagi. Teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah untuknya. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semuga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang membuat ibu kita bahagia di sana.

9. Jika kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

10. Allah SWT panjangkan usia ibu dan bapa kita supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk memberi syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan sebaik mungkin, insyallah syurga balasannya. Jadi jika tahu ibubapa sakit, berebutlah menjaga ibubapa kita. Besar sangat pahalanya.
11. Allah SWT jika boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah SWT tak akan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia kifaratkan bagi kita sakit,malu,miskin untuk membersihkan diri kita sebelum sakaratul maut mengambil nyawa kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
1. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu oleh saka.
a. Antara gangguan saka ialah selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi, selalu sakit tulang belakang,tulang belakang bengkok dan rasa mengantuk selepas asar
b. Saka dipindahkan melalui kasih sayang, Harta pusaka walaupun sebiji pinggan, amalan dan sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka
a. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat dengan azan subuh, senang lena.
b. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu rasa lapar nak makan.
c. Susah nak mendapatkan anak, senang gugur.
d. Ada rasa kelibat orang lalu.
e. Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berjimak dengan suami, bercakap lah sedikit dengan suami kerana saka boleh menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam. Selalu saka jenis Hantu Raya.

1. Cara hilangkan saka.
Lakukan Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan. (Yang termampu).

2. Jika ada penyakit was-was.
bacalah surah al-ikhlas. Surah Al-ikhlas” 1000x sehari.

3. Anak Lari Dari Rumah.
Jika anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah Al-Ikhlas setiap hari. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

4. Anak Degil.
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK.
”Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah SWT, roh yang sayang sesama manusia”.

Sumber : http://ilike-concept.blogspot.com/2011/04/sekadar-mengingatkan-sesama-insan.html